ISKANDAR PUTERI 2 Jan. – Seramai 270 pelajar termasuk anak masyarakat Orang Asli dari sekolah terpilih di sini menerima bantuan barangan bernilai RM150 seorang menerusi program Back to School Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).
Penyerahan sumbangan berupa beg sekolah, alat tulis dan bekal makanan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad di Dewanraya Gelang Patah, di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen dan Pengerusi Jawatankuasan Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang.
Marco berkata, PTP berharap usaha kecil mereka menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu dapat meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan persiapan persekolahan anak-anak mereka.
“Kita juga berharap sumbangan tersebut dapat memberi suntikan semangat kepada pelajar yang terlibat,” katanya berucap dalam majlis itu. – UTUSAN ONLINE










