21,160 murid tahun satu mula sekolah di Terengganu - Utusan Malaysia

21,160 murid tahun satu mula sekolah di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 1 Jan. – Seramai 21,160 murid tahun satu di seluruh negeri ini memulakan sesi persekolahan 2019 bermula hari ini. 

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, daripada jumlah itu, 10,645 merupakan murid perempuan manakala murid lelaki seramai 10,515 dengan kesemuanya ditempatkan di 794 kelas. 

Katanya, bagi pra-sekolah pula, terdapat seramai 9,398 murid di samping pelajar tingkatan satu yang melangkah ke sekolah menengah seluruh negeri adalah seramai 19,759 orang dengan 10,462 guru.

“Murid pendidikan khas pula seramai 938 orang dan di Terengganu, kita tidak mendiskriminasikan murid-murid istimewa ini, jadi kita harap semua ibu bapa dapat mengambil peluang untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah,” katanya.

MENTERI Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berme
MENTERI Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin bermesra dengan murid Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam sempena hari pertama persekolahan 2019 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE/ AZLAN BAHRUM

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas mengiringi lawatan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ke Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam di sini pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN