2 Pelajar kejururawatan India ditahan bunuh 16 anak anjing secara kejam - Utusan Malaysia

2 Pelajar kejururawatan India ditahan bunuh 16 anak anjing secara kejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOLKATA 16 Jan. – Dua pelajar kejururawatan Kolej Perubatan dan Hospital NRC di sini ditahan polis kerana bertindak kejam dengan membunuh 16 ekor anak anjing di kampus mereka.

Portal The Times of India melaporkan, berdasarkan siasatan awal, polis mendapati pembunuhan ke atas binatang itu adalah pembunuhan terancang yang dilakukan oleh dua suspek itu, Moutusi Mondal dan Soma Burman dengan bantuan tiga rakannya.

Kata jurucakap polis, suspek bertindak meletakkan umpan berupa biskut di beberapa lokasi yang menjadi sasaran binatang itu di kolej mereka.

“Apabila anak anjing itu menuju makanan itu, rakan-rakan suspek akan berdiri di pintu keluar bagi menghalang anjing itu daripada lari sementara dua suspek utama itu akan melakukan ‘kerja’ mereka,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×