2 lelaki ditahan, dadah dirampas - Utusan Malaysia

2 lelaki ditahan, dadah dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 2 Jan. – Polis menahan dua lelaki berusia 29 dan 42 tahun kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah pada pukul 11.40 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Ahsmon Bajah berkata, kedua-dua suspek ditahan dalam serbuan yang dibuat di sebuah rumah di Kampung Sayang, Tanjung Sedeli di sini.

“Hasil pemeriksaan dibuat, rumah itu menjadi tempat menjual dan menghisap dadah.

“Antara yang dirampas termasuklah heroin dengan berat kasar 22.18 gram dan syabu dengan berat kasar 2.85 gram dengan harga pasaran dianggarkan RM1,080,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN