2 lagi ditahan kes tikam lelaki - Utusan Malaysia

2 lagi ditahan kes tikam lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 3 Jan. – Polis Daerah Kuala Muda menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang lelaki yang ditemukan ditikam dengan senjata tajam di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, Sungai Petani di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, salah seorang yang ditahan itu adalah anak mangsa berusia 17 tahun yang ditahan di Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam. 

Katanya, jumlah mereka yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu adalah seramai lima orang setakat ini.

“Seorang daripada lelaki yang berusia 29 tahun itu (penahanan terbaharu) ditahan selepas hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini.

“Kedua-duanya direman masing-masing selama lima dan enam hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Savinder Singh Jugindar Singh,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, mereka ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu kes siasatan itu.

Savinder turut melanjutkan tempoh reman antara lima hingga enam hari bermula esok kepada tiga individu lain bagi membantu siasatan kes sama. 

Dalam kejadian itu, seorang lelaki, A Muniady, 41, telah ditemukan mati oleh orang awam dalam sebuah kereta Nissan Grand Livina berwarna putih yang berada di bahu jalan pada Sabtu lalu.

Berikutan itu, tiga lelaki termasuk abang ipar tiri mangsa ditahan polis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN