KUALA LUMPUR 17 Jan.- Dua pasangan beregu campuran negara akan membuat perhitungan di pentas suku akhir bagi mencari slot empat pasangan terbaik kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia 500 Malaysia Masters, esok. Aksi di Axiata Arena, di sini hari ini menyaksikan gandingan Goh Soon Huat-Shevon Lai terlebih dahulu melepasi aksi pusingan kedua dengan menundukkan Takuro Hoki-Wakana Nagahara dengan keputusan 21-13, 21-19. Mereka akan bertemu pasangan bebas, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying…










