KOTA KINABALU 4 Jan. – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah setakat ini merekodkan 156 pembayar cukai daripada pelbagai kategori, membuat pengakuan sukarela di bawah Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS), yang dilancarkan pada November tahun lepas. Pengarahnya Datuk Hajam Lajah Alam berkata ia melibatkan kutipan cukai sebanyak RM10.1 juta. “Setakat hari ini, seramai 156 pembayar cukai di Sabah direkodkan membuat pengakuan sukarela sejak PKPS dilancarkan November tahun lepas. “Semua pembayar cukai diminta hadir ke pejabat LHDN untuk membuat pengakuan sukarela dan kita akan menerima (laporan cukai pendapatan) secara terbuka dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya