BEIJING 13 Jan. – Sekurang-kurangnya 19 orang maut manakala dua lagi terperangkap di bawah tanah selepas bumbung di sebuah lombong arang batu runtuh dalam satu kejadian di utara China semalam. Agensi berita Xinhua melaporkan, sejumlah 87 pelombong sedang bekerja di sebuah lombong di wilayah Shaanxi ketika kejadian itu berlaku tengah hari semalam. Operasi mencari serta menyelamat dua pelombong yang terperangkap masih diteruskan manakala 66 lagi berjaya dibawa keluar. Punca kejadian masih disiasat. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya