19 kaki judi nombor ekor ditahan sekitar Melaka - Utusan Malaysia

19 kaki judi nombor ekor ditahan sekitar Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 10 Jan. – Sebanyak 19 individu beragama Islam ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam beberapa serbuan Op Ekor di lebih 18 kawasan sekitar daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah sejak minggu lepas.

Daripada jumlah tersebut, 15 merupakan lelaki warga tempatan serta masing-masing dua warga asing beragama Islam dari Indonesia dan Bangladesh berusia antara 35 hingga 68 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, Op Ekor itu dijalankan bermula 2 Januari lalu sehingga semalam hasil aduan orang ramai berikutan wujudnya kegiatan judi melibatkan umat Islam.

“Semalam kita telah menahan empat lagi lelaki Islam yang sedang membeli nombor ekor dan salah seorang daripadanya berumur 42 tahun membeli sehingga tujuh keping nombor ekor.

“Dalam serbuan itu pihak kami turut merampas 12 nombor ekor yang dibeli oleh pelanggan terbabit,” katanya ketika ditemui di pejabat JAIM, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN