JOHOR BAHRU 3 Jan. – Seramai 180 peguam syariah di negeri ini disambung pentauliahan mereka bagi 2019 mengikut Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Johor 2015. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, sijil berkenaan perlu diperbaharui setiap tahun. “Kepada semua peguam syariah di negeri ini, saya berharap pentauliahan ini akan digunakan dengan betul. “Usaha untuk memartabatkan Islam dan undang-undangnya tidak terletak kepada pihak mahkamah dan…










