16 ditahan polis dalam Op Dadu - Utusan Malaysia

16 ditahan polis dalam Op Dadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis menahan 16 warga tempatan termasuk seorang penganjur judi dalam serbuan Op Dadu di sebuah premis di Taman Desa Tebrau di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad berkata, kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki dan enam wanita, berumur antara 31 hingga 68 tahun.

“Dalam serbuan ini, kita merampas sebanyak 251 biji batu mahjong, 15 chip merah dan tiga chip kuning besar masing-masing dengan nilai RM10 setiap satu, 29 chip kuning kecil dengan nilai RM1 setiap satu,18 chip hijau dengan nilai RM5 setiap satu dan enam biji buah dadu.

“Selain itu, kita turut merampas empat meja kayu lipat, 12 kerusi plastik dan wang tunai berjumlah RM1,556 beserta $40 Singapura (RM121.63),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Md Yusof berkata, kes disiasat mengikut Sesyen 4(1)b Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Sesyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tambahnya, polis Johor menyeru orang ramai agar turut membantu menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti perjudian di kawasan masing-masing bagi membanteras kegiatan itu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×