SHANGHAI 11 Jan.- Sekurang-kurangnya 145 kanak-kanak di timur China mendapat vaksin polio yang tamat tempoh walaupun kerajaan telah memberi jaminan untuk memastikan kejadian tersebut berulang susulan berlakukanya skandal dalam industri kesihatan tahun lalu.
Menurut pemerintah Jiangsu, seramai tiga pegawai kesihatan daerah di wilayah berkenaan telah diberhentikan ekoran kejadian tersebut telah menimbulkan kebimbangan orang ramai.
Lapor CCTV, ibu bapa yang ditemui berkata, sekumpulan kanak-kanak berikan vaksin polio yang tamat tempoh pada November lalu di pusat kesihatan kerajaan.
Ada ibu bapa memberitahu CCTV, terdapat dalam kalangan kanak-kanak tersebut yang mengalami muntah dan mengantuk namun tidak dapat dipastikan sama itu adalah reaksi alergi biasa terhadap ubat berkenaan.
Berdasarkan sumber kerajaan, sebanyak 145 kanak-kanak menerima vaksin antara 11 Disember hingga 7 Januari lalu. -AFP










