143 mangsa banjir di pusat pemindahan setakat 8 pagi - Utusan Malaysia

143 mangsa banjir di pusat pemindahan setakat 8 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di pusat pemindahan di  Dewan Kampung Bijuray Mogag, Bau, telah bertambah ke 143 orang daripada 28 keluarga setakat 8 pagi ini.

Malam tadi seramai 30 orang daripada tujuh keluarga di Kampung Bijuray dipindahkan di pusat pemindahan tersebut berikutan hujan renyai-renyai semalam.

Mengikut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, hanya sebuah pusat pemindahan sedang dibuka setakat ini.

“Hujan lebat berterusan dari kawasan tinggi bermula tengah hari semalam telah menyebabkan air sungai di kawasan berdekatan berlimpah dan mengalir ke kawasan kampung rendah,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan air telah mula surut pada masa ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN