131 buah rumah rosak, kerugian RM234,146 - Utusan Malaysia

131 buah rumah rosak, kerugian RM234,146

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 7 Jan. – Sebanyak 131 buah kediaman di Gugusan Manjoi di sini yang mengalami kerosakan akibat angin kencang dan hujan lebat semalam, dianggarkan menanggung kerugian berjumlah RM234,146.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, daripada jumlah itu, 27 keluarga dari Kampung Manjoi mengalami kerugian sebanyak RM42,550 manakala 25 buah rumah di Kampung Sungai Tapah Seberang (RM100,000) dan 16 buah rumah di Kampung Dato Ahmad Said 2 (RM46,536).

Katanya, selain itu sebanyak 28 buah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan mengalami kerugian sama sebanyak RM24,660 dan 35 buah rumah di Kampung Tengku Hussein pula sebanyak RM20,400.

“Satu penempatan sementara telah dibuka di Surau Kampung Tengku Hussein yang menempatkan 23 mangsa daripada lapan keluarga.

“Bagaimanapun, ini tidak bermaksud hanya lapan rumah sahaja yang rosak teruk kerana ada ramai lagi mangsa yang kediaman mereka rosak tetapi telah berpindah ke rumah saudara mara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Akademi Penerbangan Layang-layang di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN