1,300 Rohingya larikan diri dari India ke Bangladesh - Utusan Malaysia

1,300 Rohingya larikan diri dari India ke Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COX’S BAZAR 16 Jan. – Sekurang-kurangnya 1,300 orang etnik Muslim Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dari India sejak awal bulan ini, berikutan timbul kebimbangan mereka akan dihantar pulang ke Myanmar.

India baru-baru ini berdepan kecaman kerana menghantar pulang etnik Rohingya ke Myanmar.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia menuduh India melanggar undang-undang antarabangsa.

“Seramai 1,300 individu daripada 300 keluarga telah tiba dari India ke Bangladesh sehingga hari ini,” kata jurucakap Kumpulan Penyelarasan Antara Sektor (ISCG), Nayana Bose. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×