10 unit rumah kuarters KTMB musnah dijilat api - Utusan Malaysia

10 unit rumah kuarters KTMB musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – 10 unit rumah kuarters milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) musnah dijilat api dalam satu kebakaran di Jalan Lengkok Abdullah, Bangsar di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa kerana kesemua penghuni yang juga pekerja penyelenggaraan KTMB sempat menyelamatkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 10 pagi.

“Seramai 60 anggota bomba bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hang Tuah, Taman Tun, Sentul dan Seputeh telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun terdapat 11 buah kereta dan enam buah motosikal telah terlibat dalam kebakaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

kebakaran kuaters KTMB
Sebanyak 11 buah kereta dan enam buah motosikal terlibat dalam kebakaran tersebut.

 

Tambahnya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 12.20 tengah hari dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Kebakaran membabitkan keluasan 100 meter persegi itu pada awalnya sukar dipadamkan kerana kuarters berkenaan diperbuat daripada kayu namun dengan kecekapan anggota bomba kebakaran tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN