Zii Jia tewas di final - Utusan Malaysia

Zii Jia tewas di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Hasrat pemain kebangsaan Lee Zii Jia untuk merangkul kejuaran keduanya musim ini tidak kesampaian selepas tewas kepada Son Wan Ho di pentas akhir Siri Jelajah Dunia 300 Korea Masters, hari ini.

Pemain berusia 20 tahun itu kalah 11-21, 17-21 kepada pilihan pertama kejohanan, Wan Ho yang juga wakil tuan rumah dalam tempoh 36 minit di Gwangju, Korea Selatan.

Ini merupakan kali kedua Zii Jia ditundukkan oleh Wan Ho selepas pertemuan sulung mereka berlangsung di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, 25 Oktober lalu.

Terdahulu, Zii Jia yang dilabel oleh jurulatih Datuk Misbun Sidek sebagai ‘calon pengganti Lee Chong Wei’ merangkul kejuaraan pertamanya musim ini selepas memenangi Terbuka Taiwan pada 7 Oktober lalu, sekali gus menamatkan penantian 14 tahun negara.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×