KUALA LUMPUR – Selepas hampir sebulan tamatnya program realiti Gegar Vaganza musim kelima (GV5) barulah penyanyi Zamani bersuara tentang beberapa kemelut yang melanda pengurusan kariernya sebelum ini. Menerusi satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media sebentar tadi, Zamani menjelaskan beberapa perkara berbangkit yang berlaku sewaktu beliau masih bersaing dalam GV5. Terdahulu, isu mengenai pengurusan Zamani menjadi tanda-tanya selepas bekas pengurusnya yang menguruskan kumpulan Slam iaitu Johan Aziz pernah menyuarakan pandangannya…









