Awang ingin mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh wartawan ulung Tan Sri Zainuddin Maidin yang kembali ke rahmatullah semalam. Pemergian allahyarham merupakan satu kehilangan besar khususnya kepada dunia kewartawanan negara. Walaupun pernah menjadi Menteri Penerangan, Zainuddin lebih dikenali sebagai wartawan hebat sepanjang zaman yang tidak ada tolok bandingnya. Sumbangan arwah kepada dunia kewartawanan dan persuratkhabaran sangat besar. Awang adalah salah seorang anak didik Allahyarham sewaktu beliau memegang jawatan Ketua Pengarang…