SHAH ALAM – Protege kepada penyanyi Siti Nordiana iaitu Zaaim dijulang sebagai juara program realiti Mentor 7 pada konsert akhir yang berlangsung sebentar tadi. Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan pemilik nama sebenar Zaaim Abdullah itu membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000, sebuah kereta bernilai RM70,000 beserta trofi. Naib juara dimenangi oleh protege Aizat iaitu Pasya, 24, turut membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 beserta trofi. Sementara itu, tempat ketiga menjadi…










