LONDON 5 Dis – Syarikat tenaga dari Argentina, YPF dan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) membentuk usaha sama untuk melabur sebanyak AS$2.3 bilion (RM9.56 bilion) bagi tempoh empat tahun di lapangan minyak syal Vaca Muerta. Menurut kenyataan pejabat Presiden semalam, Petronas akan memiliki kepentingan yang sama dalam projek berkenaan melalui anak syarikatnya, Petronas E&P Argentina SA. Bagaimanapun, Petronas belum mengulas mengenai pengumuman berkenaan. Lapangan minyak Vaca Muerta yang bersaiz sebesar Belgium terletak di Barat Argentina dan dianggap sebagai deposit gas syal kedua terbesar dan deposit minyak syal keempat terbesar di dunia.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya