JASIN 2 Dis. – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mahu lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan di kawasan luar bandar bagi mengurangkan kadar migrasi tinggi dalam kalangan belia ke bandar. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, semua pihak harus memainkan peranan membantu menghidupkan kegiatan ekonomi di kawasan luar bandar bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Menurutnya, hari ini kadar migrasi generasi muda dari kawasan luar bandar ke bandar sangat tinggi…










