Wujud kawasan pelancongan mesra OKU - Utusan Malaysia

Wujud kawasan pelancongan mesra OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perbincangan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan diadakan tidak lama lagi bagi memastikan pembinaan pusat pelancongan dalam negara  dilengkapi kemudahan untuk golongan kurang upaya (OKU).

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, perbincangan tersebut perlu diadakan bagi memastikan kemudahan kepada golongan OKU cukup serta setanding negara maju yang lain.

“Kami turut bercadang untuk diadakan sesi bengkel taklimat  kepada pemain-pemain industri pelancongan tempatan dalam usaha mewujudkan pusat pelancongan mesra OKU.

“Kementerian kami juga ketika ini dalam proses untuk menggubal semula Dasar Pelancongan Negara 2020-2050,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Tambah beliau, dasar itu digubal sebagai menjelaskan hala tuju strategik yang ditetapkan serta  sasaran untuk menyatu dan mengukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi pelancongan dunia.

“Dasar ini akan bersifat lebih menyeluruh, komprehensif dan berpaksikan trend industri pelancongan di peringkat global yang meliputi pelbagai aspek dan subsektor pelancongan termasuklah ‘accessible tourism’,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN