Wujud cubaan renggangkan hubungan kami - Anwar - Utusan Malaysia

Wujud cubaan renggangkan hubungan kami – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat pihak cuba mengganggu hubungan baik beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ekoran tindakan beberapa Ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti tersebut.

Presiden PKR itu mendakwa, cubaan tersebut dilakukan oleh pihak tertentu dengan mewujudkan pelbagai tanggapan dan andaian sehingga menimbulkan persepsi tidak baik di antara mereka berdua.

“Pihak-pihak ini berniat untuk menimbulkan syak wasangka serta mengadu domba di antara saya dan Dr. Mahathir dan berniat untuk merenggangkan hubungan yang baik di antara kami,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sehingga hari ini seramai 17 Ahli Parlimen UMNO telah mengumumkan keluar parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan dijangka menyertai salah satu parti komponen Pakatan Harapan (PH) tidak lama lagi.

Anwar menegaskan, beliau akan terus bekerjasama dan menyokong kepimpinan Dr. Mahathir dalam menzahirkan agenda reformasi seperti yang telah dipersetujui. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×