IPOH 17 Dis. – Siasatan teliti dan menyeluruh perlu dijalankan terhadap sebarang insiden meragukan yang berlaku semasa perlumbaan motosikal sehingga menyebabkan kematian. Legenda lumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid berkata, beberapa keraguan yang timbul itu perlu diperhalusi dengan mewujudkan jawatankuasa yang melibatkan golongan yang pakar dalam isu-isu kemalangan di litar. “Kalau mahu kata ada kecuaian, ia tidak adil tetapi boleh diperhalusi dengan mewujudkan jawatankuasa untuk melihat semula kejadian itu selain mencari…










