Waytha Moorthy, Ganabatirau sila bertanggungjawab! - Utusan Malaysia

Waytha Moorthy, Ganabatirau sila bertanggungjawab!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, V. Ganabatirau perlu bertanggungjawab di atas kenyataan mereka.

Naib Presiden MIC, Datuk C. Sivarraajh berkata, sebagai pemimpin, mereka seharusnya faham kepentingan untuk meredakan situasi dan bukannya mengapi-apikan keadaan dengan kenyataan menimbulkan prasangka buruk dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, beliau merayu kepada semua rakyat Malaysia supaya kekal tenang dalam menghadapi kejadian ini dengan semangat bersatu padu.

“Kita semua perlu menghormati dan memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dan menegakkan keadilan demi Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sivarraajh turut merayu kepada Kementerian Dalam Negeri supaya mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam mencetuskan rusuhan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Jelas beliau, barang kali kejadian berkenaan tidak akan berlaku jika pihak pemaju bertindak secara berhemah dalam melaksanakan keputusan mahkamah sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN