NEW DELHI 19 Dis. – Seorang wartawan India dipenjara selama setahun setelah mengutuk Perdana Menterinya, Narendra Modi di laman Facebook sebelum ini.
Tangkapan Kishorechandra Wangkhem, 39, menjadi contoh seperti dikatakan pengkritik Modi iaitu sekatan kepada kebebasan bersuara.
Wartawan televisten itu didakwa memuat naik video sosial media yang ‘menghasut’ dengan menuduh Modi dan kerajaan Ketua Menteri Biren Singh mempromosikan haluan kanan ideologi Hindu di rantau itu.
Pihak berkuasa menyatakan tangkapan itu bagi ‘mencegah dia daripada bertindak sebarang perkara yang menjejaskan keselamatan negara’.
Wangkhem ditahan dibawah undang-undang drakonian yang membenarkan pihak berkuasa menahan sesiapa tanpa bicara hingga setahun. – AFP









