Warisan sentiasa terbuka terima wakil rakyat bebas - Mohd. Shafie - Utusan Malaysia

Warisan sentiasa terbuka terima wakil rakyat bebas – Mohd. Shafie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, partinya sentiasa terbuka untuk menerima kemasukan wakil rakyat dari bebas, namun ia perlu dilakukan tanpa sebarang syarat.

Beliau, yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, parti Warisan yang kini menerajui kerajaan baharu negeri Sabah sentiasa terbuka demi penyatuan rakyat dan membangunkan negeri ini.

“Setakat ini memang ada wakil rakyat bebas telah menyatakan keinginan untuk menyertai kita (Warisan) dan kita terbuka, namun dalam kerjasama ini saya harap tiada sebarang syarat diminta kepada mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pembayaran balik pinjaman Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) kepada Kerajaan Negeri Sabah di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Semalam seramai 14 wakil rakyat UMNO Sabah bertindak keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas dan menyatakan sokongan kepada kerajaan.

Empat belas wakil rakyat yang meninggalkan UMNO itu terdiri daripada lima Anggota Parlimen iaitu Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Yamani Hafez Musa (Sipitang), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Datuk Rahim Bakri (Kudat). – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×