KLANG – Seorang wanita warga emas yang kurang upaya berusia dalam lingkungan 70-an terselamat dalam kebakaran sebuah rumah teres setingkat di Kampung Pendamar Fasa II, Pelabuhan Klang dekat sini awal hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Juyana @ Azlan Musa berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa yang berada di bilik tidur di bahagian belakang rumah itu diselamatkan anggota bomba…










