Warga emas maut ketika petik buah manggis - Utusan Malaysia

Warga emas maut ketika petik buah manggis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Seorang lelaki warga emas maut di atas pokok manggis ketika dia memetik buah tersebut dalam kejadian di Jalan Besar Kampung Jawa berhampiran Sekolah Menengah Tat Beng, Trong dekat sini pagi tadi.

Difahamkan, mangsa yang berusia 59 tahun itu datang ke rumah kawannya di kawasan tersebut sebelum memanjat pokok manggis berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohd. Amir Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 11.47 sebelum sepasukan lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Tiba di lokasi, mangsa masih berada di atas pokok setinggi tiga meter itu.

“Anggota menggunakan tali dan menurunkan mangsa dalam tempoh 10 minit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Mohd. Amir, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.43 tengah hari,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×