Wanita warga Myanmar maut terjatuh dari motosikal  - Utusan Malaysia

Wanita warga Myanmar maut terjatuh dari motosikal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR – Seorang wanita warga Myanmar maut selepas dia terjatuh dari motosikal yang ditunggang bersama suami di Kampung Telok Pial, Kuala Kurau di sini malam semalam. 

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, mangsa, Satarah Aziz Rahman, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Sanusi Salleh berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang membonceng motosikal jenis Yamaha Lagenda bersama suaminya itu dalam perjalanan dari Kuala Kurau ke rumah mereka di Tanjung Piandang.

“Siasatan lanjut mendapati suami mangsa dipercayai telah memandu laju ketika menuruni jambatan dan menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikal tersebut.

“Menyedari mangsa tiada di belakang, suaminya segera berpatah balik untuk mendapatkan isterinya namun dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Sanusi, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat.

Katanya, beberapa penduduk yang sedang menonton perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF antara Vietnam dan Malaysia turut terkejut melihat mangsa terjatuh dan berlumuran darah di atas jalan sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×