Wanita warga emas terbunuh, lapan cedera ketika tunggu bas - Utusan Malaysia

Wanita warga emas terbunuh, lapan cedera ketika tunggu bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 21 Dis. – Seorang wanita warga emas berusia 88 tahun terbunuh manakala lapan lagi cedera apabila sebuah kereta merempuh mereka ketika sedang menunggu bas di perhentian bas di Recklinghausen, sebuah pekan di barat Jerman, semalam.

Pemandu kereta yang berusia 32 tahun kini sedang mendapat rawatan di hospital berhampiran selepas mengalami kecederaan parah.

Meskipun punca kejadian masih belum jelas, namun berdasarkan maklumat awal, kejadian itu ada kaitan dengan cubaan membunuh diri. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN