Wanita 'lepas angin' ditahan kerana bertindak ganas - Utusan Malaysia

Wanita ‘lepas angin’ ditahan kerana bertindak ganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA 11 Dis.- Seorang wanita ditahan polis atas dakwaan cuba menyerang seorang lelaki dengan menggunakan sebilah pisau di sebuah pusat beli belah, di sini.

Memetik laporan Miami Herald, Shanetta Yvette Wilson, 37, dilaporkan bertindak demikian kerana terlalu marah dengan lelaki itu yang menegur kelakuannya ‘membuang angin’ ketika berbaris di kaunter pembayaran.

Tindakan yang dianggap kurang menyenangkan itu membawa pertengkaran antara Wilson dengan lelaki terbabit.

Gagal mengawal kemarahan, Wilson kemudian mengeluarkan pisau lipat yang disimpan dalam dompet sebelum cuba untuk menyerang lelaki berkenaan.

Wilson kemudian ditahan polis atas dakwaan cuba mencederakan tanpa niat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN