Wanita lahir bayi perempuan tiga tangan di India - Utusan Malaysia

Wanita lahir bayi perempuan tiga tangan di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHHATTISGARH, India – Seorang wanita dilaporkan melahirkan bayi perempuan istimewa yang memiliki tiga tangan di daerah Bilaspur di sini pada 2 November lalu.

Bayi berumur dua bulan yang masih belum diberikan nama itu kini menjadi buah mulut penduduk setempat selepas mereka mengetahui mengenai keadaan fizikal luar biasanya.

Tangan ketiga milik bayi itu bersaiz kecil dan tumbuh pada bahagian kanan dadanya. Bayi itu dilaporkan sihat sejak dilahirkan.

Bimbang dengan keadaan fizikal bayi itu, ibunya, Radhika Sahu membawa anaknya untuk menjalani pemeriksaan di sebuah pusat kesihatan tempatan dan doktor mengesahkan lebihan anggota badan itu tidak mengancam nyawanya.

Ketua Institut Sains Perubatan Chhattisgarh, Dr. B.P. Singh mencadangkan agar satu pembedahan dilakukan untuk membuang tangan ketiga itu supaya bayi berkenaan boleh menjalani kehidupan secara normal.

Tahun lalu, India dikejutkan dengan kelahiran seorang bayi lelaki yang memiliki dua kepala di Yamunanagar, negeri Haryana – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×