Wanita Indonesia curi makanan mentah, pakaian dalam dijel 7 bulan - Utusan Malaysia

Wanita Indonesia curi makanan mentah, pakaian dalam dijel 7 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG – Padah mencuri pelbagai makanan mentah termasuk beberapa pakaian dalam serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Masjitret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Rindi, 37, selepas wanita itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 13 Disember lalu.

Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa telah mencuri pelbagai barangan mentah antaranya kacang panjang, sayur peria, cili merah, sambal belacan dan dua ekor ikan iaitu bawal dan talapia. Selain itu tertuduh turut mencuri pelbagai pakaian iaitu sehelai seluar pendek, tiga helai seluar dalam dan sehelai baju dalam wanita yang kesemuanya RM78.73 milik Pasaraya Giant Pandan Kapital, Pandan Indah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pasaraya itu pukul 12.30 tengahari pada 13 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara makan 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah memasuki negara ini yang didakwa mengikut Seksyen Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang boleh dihukum mengikut seksyen 6(3) akta sama.

Hukuman itu memperuntukkan yang denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan maksimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada tempat, tarikh dan masa yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN