Wanita direman bantu siasatan janin bayi terlekat dalam lubang tandas  - Utusan Malaysia

Wanita direman bantu siasatan janin bayi terlekat dalam lubang tandas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang pekerja kilang wanita direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan janin bayi yang melekat di dalam lubang tandas wanita di sebuah kilang pengeluar cip terkemuka di Batu Berendam pada Selasa lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd. Anuar Ostadi terhadap wanita berusia 34 tahun itu.

Suspek direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut  Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, wanita itu ditahan selepas dikesan mendapatkan rawatan di wad bersalin Hospital Melaka kira-kira pukul 5 petang pada Rabu lalu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pekerja penyelenggara terkejut selepas menemui satu janin dipercayai bayi lelaki baru berusia 6 bulan terlekat di dalam lubang tandas wanita di kilang berkenaan.

Bayi cukup sifat seberat 450 gram itu ditemui ketika lelaki terbabit melakukan kerja-kerja membaiki tandas yang tersumbat di tingkat satu sekitar pukul 10.30 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×