Wanita cuba isi petrol ke dalam kereta elektrik - Utusan Malaysia

Wanita cuba isi petrol ke dalam kereta elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Sekumpulan lelaki merakam aksi seorang wanita cuba mengisi minyak petrol ke dalam kereta elektriknya di sebuah stesen minyak di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Rakaman video menunjukkan wanita itu kelihatan keliru selepas gagal mencari tempat isian minyak pada kereta jenis Tesla malah cuba memasukkan muncung pam minyak ke dalam bahagian soket mengecas kenderaan berkenaan.

Dia turut membuat pembelian minyak dengan kad kredit dan meminta petugas di stesen untuk membantu mengisi bahan api tersebut.

Selepas hampir tiga minit menonton aksi tersebut, seorang lelaki keluar dari kenderaannya untuk memaklumkan kepada wanita itu bahawa kereta elektrik tidak menggunakan minyak petrol sebagai sumber tenaga.

Wanita itu kemudiannya ketawa dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki berkenaan sebaik menyedari kesilapannya.

Rakaman yang dikongsi ke laman YouTube pada Ahad lalu telah ditonton sebanyak 325,000 kali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN