TAWAU – Seorang wanita tampil membuat laporan polis selepas sepupunya terlantar di Hospital Tawau dipercayai akibat ditikam dan dipukul di kawasan antara Lorong Jalan Merdeka 3 dan bank CIMB di Fajar di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, wanita tempatan berusia 39 tahun itu membuat laporan berkenaan selepas ke hospital pada 4.46 pagi untuk melawat sepupu lelakinya berusia 35 tahun yang cedera parah…










