[VIDEO]ICERD anugerah Allah SWT tidak ternilai, penyatuan umat Islam - Utusan Malaysia

[VIDEO]ICERD anugerah Allah SWT tidak ternilai, penyatuan umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 2 Dis. – Pas negeri menyifatkan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) adalah satu anugerah Allah SWT tidak ternilai untuk permulaan penyatuan umat Islam di negara ini.

Pesuruhjayanya, Mohd. Shukri Ramli berkata, buktinya adalah penyatuan antara para pemimpin UMNO dan Pas di atas satu pentas dalam membantah ICERD seterusnya perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur nanti.

Beliau yakin, seterusnya umat Islam akan bangkit semula dan memimpin negara ini.

“Justeru saya menyeru seluruh rakyat Perlis mencari jalan supaya dapat hadir pada 8 Disember ini di Kuala Lumpur,” katanya ketika berucap sempena Himpunan Aman Rakyat Tolak ICERD di Kompleks Pas di sini malam ini.

Turut hadir Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Ketua Penerangan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengakui pertama kali berucap di Kompleks Pas Perlis itu turut bersyukur kerana isu tersebut telah menyatukan UMNO dan Pas.

Kata beliau, perkara itu seperti mana turunnya Islam yang sekali gus menyatukan bangsa Arab suatu ketika dahulu.

“Namun kini disebabkan orang Arab berpecah-belah, Allah tarik semula rahmat sehingga Baitulmuqaddis jatuh ke tangan bukan Islam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN