KUALA LUMPUR 24 Dis. – Gara-gara mencuri pelbagai barangan mentah dan pakaian dalam, seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini. Majistret Haslinda A. Raof menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Rindi, 37, mengaku bersalah terhadap pertuduhan selain memerintahkan hukuman penjaranya ditambah lagi sebulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mencuri pelbagai barangan mentah antaranya kacang…










