[VIDEO] Vincent Tan, Wee Chai beri bantuan kepada pelarian Syria - Utusan Malaysia

[VIDEO] Vincent Tan, Wee Chai beri bantuan kepada pelarian Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 29 Dis – Dua ahli korporat tempatan, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dan Pengerusi Ekskeutif Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai memberi 2,000 beg dan sejumlah peralatan perubatan kepada pelarian Syria di Sultan Gazi, di sini hari ini.


Video oleh AZRUL RADI

Sumbangan itu diberikan semasa lawatan kedua-dua ahli korporat tersebut ke klinik dan sekolah yang menempatkan pelarian Syria di Turki.

Vincent Tan berkata, beliau bersama dengan Wee Chai akan berada di Istanbul selama tiga hari untuk mengagihkan bantuan kepada pelarian di sana.

PENGERUSI Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan (kiri) dan Pengerusi Ekskeutif Top Glove,
PENGERUSI Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan (kiri) dan Pengerusi Ekskeutif Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai (belakang) beramah mesra dengan DyjwarBayram, 11 bulan ketika melawat salah sebuah klinik Pelarian Syria di Istanbul, Turki hari ini. – UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK AID

“Saya hadir sebagai sukarelawan Yayasan Tzu Chi yang juga merupakan organisasi bantuan kemanusiaan yang beroperasi di Taiwan yang banyak membantu sekolah pelarian Syria iaitu di Sekolah Antarabangsa El Menahil.

“Untuk misi kali ini, saya akan bersama dengan 25 sukarelawan yang lain untuk mencari dan membantu golongan Syria yang memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui di Sekolah Antarabangsa El Menahil, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

PENGERUSI Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan (kiri) dan Pengerusi Ekskeutif Top Glove,
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan (tengah) dan Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai (belakang) serta sukarelawan bergambar bersama anak-anak Syria selepas menyampaikan barangan keperluan sekolah di Sekolah Antarabangsa El Menahil, Istanbul, hari ini. – UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK AID
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN