[VIDEO] Video Muhammad Adib tidak dilanggar tular - Utusan Malaysia

[VIDEO] Video Muhammad Adib tidak dilanggar tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Rakaman video menunjukkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim tidak dilanggar jentera pemadam api (FRT) dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini pada 27 November lalu kini tular di laman-laman sosial.

Video berdurasi 22 saat itu menunjukkan bagaimana jentera FRT milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengundur ketika diserang oleh orang awam.

Dalam video tersebut tidak menunjukkan mana-mana individu berada di belakang jentera terbabit.

Dengan penularan video itu jelas menunjukkan Muhammad Adib tidak dilanggar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN