KUALA LUMPUR – Anggota band terkemuka Indonesia, Seventeen antara mangsa yang dihanyutkan ombak ketika kejadian tsunami melanda pantai di Selat Sunda dekat sini malam tadi.
Band yang dianggotai oleh Ifan (vokalis), Herman (gitar), Yudhi (gitar), Bani (gitar bass) dan Andi (drum) itu dihanyutkan ombak tsunami ketika mengadakan konsert di Pantai Tanjong Lesung, Banten, Indonesia.
Ifan yang terselamat berkata, isterinya, Dylan Sahara turut menjadi mangsa dan kini masih belum ditemui, manakala Bani bersama pengurus mereka, Oki dilaporkan terkorban.
“Minta doakan isteri saya, Dylan Sahara, Herman, Andi dan Ujang ditemui dalam keadaan selamat. Mohon doakan juga buat Bani dan Oki,” tulisnya dalam laman Instagram miliknya hari ini. – K! ONLINE










