[VIDEO] 'Tenanglah sahabat, semua kenangan akan disimpan sampai bila-bila' - Utusan Malaysia

[VIDEO] ‘Tenanglah sahabat, semua kenangan akan disimpan sampai bila-bila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Dis. – “Al-Fatihah. Tenanglah kau di sana sahabat, semua kenangan kita akan disimpan sampai bila-bila.”

Itulah luahan rakan sepasukan Muhammad Adib Mohd. Kassim yang dikenali sebagai Azizul Asri menerusi entri yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya, malam tadi.

Dalam entri tersebut, Azizul Asri turut memuat naik beberapa gambar dan video kenangannya bersama Allahyarham sepanjang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya.

“Semua orang terasa atas pemergianmu, semua tanya pasal engkau, semua orang ‘post’ pasal engkau. Semoga engkau ditempatkan dalam kalangan orang beriman, sahabat.

“Siapa yang tidak sakit hati bila kita pergi menyelamat tetapi? Allahu,” tulisnya.

Selain itu, Azizul Asri turut memuat naik video yang dipercayai bagi menyambut ulang tahun kelahiran Muhammad Adib bersama rakan sepasukan lain di balai bomba.

Dalam video itu, Muhammad Adib kelihatan ceria serta tersenyum malu ketika diminta memotong kek.

Setakat ini, entri tersebut telah mendapat hampir 7 ribu ‘likes’ dan dikongsi 10,200 pengguna Facebook. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×