KOTA BHARU 23 Dis. – Seorang tukang jahit dari Wakaf Bharu, Tumpat yang sangat mencintai bidang sastera Bahasa Melayu membuktikan usia dan latar belakang diri bukan penghalang untuk mencapai apa sahaja impian hidup, termasuk aktif dalam bidang yang disukainya itu. Ibu kepada empat anak, Wee Sock Yam, 53, yang baru sahaja serius berkarya pertengahan tahun lalu, bersyukur kerana sehingga kini lebih 100 sajak, puisi dan cerpen nukilannya sudah diterbitkan sama…










