[VIDEO] Sembilan ditahan main judi bola golek - Utusan Malaysia

[VIDEO] Sembilan ditahan main judi bola golek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 24 Dis. – Sembilan lelaki yang leka bermain judi bola golek tidak sempat melarikan diri apabila diserbu sepasukan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Mereka ditahan dalam serbuan yang dijalankan di tapak projek pembangunan Putrajaya di sini, malam semalam.


Kesemua yang ditahan merupakan pekerja tapak pembinaan yang terdiri daripada tujuh warga Bangladesh, seorang lelaki Indonesia serta dua lelaki tempatan yang juga penganjur pertaruhan judi bola golek.


Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden, Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata ketika ditahan kesemua suspek sedang berjudi di kawasan lapang dengan hanya berbekalkan cahaya lampu kalimantang.


Menurutnya, kesemua suspek sedang leka bertaruh sehingga tidak menyedari kehadiran anggota polis.


“Ketika diserbu, terdapat kira-kira 50 warga asing sedang bertaruh dan selepas menyedari kehadiran anggota polis, kesemua mereka sempat melarikan diri. 


“Dalam serbuan itu polis turut merampas wang pertaruhan berjumlah RM1,100,” katanya.


Mohd. Khaizam memberitahu, selain wang tunai, pihaknya turut merampas sehelai tikar, papan bola golek, dua biji bola getah, alat penimbang air, bedak, lampu dan satu unit bateri kereta. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN