[VIDEO] Segala kejayaan, kegagalan 2018 dijadikan pengajaran - PM - Utusan Malaysia

[VIDEO] Segala kejayaan, kegagalan 2018 dijadikan pengajaran – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap banyak peristiwa pahit dan manis berlaku sepanjang tahun 2018, dan mengharapkan segala kejayaan serta kegagalan dijadikan pengajaran.

“Kita telah menempuhi tahun 2018 yang mencabar. Banyak peristiwa pahit manis telah terjadi dalam tempoh tersebut.

“Diharap segala resolusi yang telah dibuat pada awal tahun lalu telah berjaya dicapai. Saya berdoa agar segala kejayaan dan kegagalan dijadikan pengajaran,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian menerusi klip video ucapan sempena tahun 2019, yang dimuat naik dalam laman Facebook dan Twitter beliau hari ini.

Beliau dalam ucapan itu yang turut mewakili isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada semua rakyat Malaysia.

“Semoga kehadiran tahun baharu ini memberi makna yang besar kepada kita semua dan memberi kita dorongan untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN