[VIDEO] Putrajaya bakal bermandi cahaya lampu bermula esok - Utusan Malaysia

[VIDEO] Putrajaya bakal bermandi cahaya lampu bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 27 Dis. – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan bakal bermandikan gemerlapan cahaya menerusi penganjuran Festival Light and Motion Putrajaya (Lampu) 2018 di Dataran Putrajaya bermula esok.


Video oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

Lampu 2018 yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) akan berlangsung selama empat hari dijangka dihadiri lebih sejuta pengunjung.

Presiden PPj, Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, festival cahaya lampu itu merupakan antara satu acara dinantikan rakyat Malaysia bakal menampilkan kelainan berbanding lima edisi penganjuran sebelum ini.

“Antaranya persembahan pencahayaan lampu di bangunan Istana Kehakiman Putrajaya yang berlangsung selama 40 minit berbanding 20 minit ketika edisi lalu.

Festival Light and Motion Putrajaya
Gemerlapan cahaya Festival Light and Motion Putrajaya (Lampu) 2018 yang bakal membuka tirai penganjurannya bermula esok dijangka dihadiri sejuta rakyat Malaysia. – UTUSAN ONLINE/RASHID MAHFOF

“Malah selain itu, kita memaparkan empat segmen persembahan dengan setiap daripadanya mempunyai dimensi tersendiri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pratonton Lampu 2018 di sini malam ini.

Menurut Aminuddin lagi, Lampu 2018 yang kali ini bertemakan ‘Warna-Warni Putrajaya’ bakal menampilkan pelbagai program sampingan bagi memeriahkan festival tahunan itu.

Katanya, antara program sampingan berkenaan adalah pertandingan E-Games, wayang kulit, beca Putrajaya dan persembahan jalanan.

“Semua acara ini berlangsung selama empat hari sehingga malam ambang Tahun Baharu 2019 pada 31 Disember ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, bersempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2019 Ahad ini pula, para pengunjung akan dipersembahkan dengan pertunjukan bunga api secara langsung dan pertunjukan bunga api digital.

“Sepanjang lima tahun penganjuran Lampu, buat julung kalinya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menghadiri Malam Ambang Tahun Baharu 2019 Putrajaya.

“Kami berbesar hati dengan Kehadiran Perdana Menteri ke acara ini dan sudah tentu ia amat dinanti-nantikan oleh jutaan rakyat Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN