[VIDEO] Pengurus pusat hiburan maut - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pengurus pusat hiburan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Dis.- Seorang pengurus di sebuah pusat hiburan maut selepas terlibat dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Jalan Sungai Jernih 8/1, Seksyen 8, Petaling Jaya dekat sini awal pagi ini.

Mangsa Edward Rishal S Reggie,28, ditemukan maut akibat ditetak oleh kumpulan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, susulan kejadian itu, seramai tiga lelaki warga tempatan berusia 20 sehingga 31 tahun ditahan.

Ujarnya, turut dirampas iaitu empat buah kenderaan dan tiga bilah parang.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN