[VIDEO] Penduduk Kubang Pak Itam, Meranti putus hubungan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Penduduk Kubang Pak Itam, Meranti putus hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 18 Dis. – Kira-kira 300 penduduk Kampung Kubang Pak Itam, Meranti di sini mula terputus hubungan selepas jalan utama untuk masuk ke kawasan berkenaan ditenggelami air.


Video oleh YATIMIN ABDULLAH

Tinjauan Utusan Online mendapati bot enjin galah menjadi pengangkutan utama selepas kawasan berkenaan ditenggelami banjir sedalam 1 hingga 1.5 meter.

Menurut penduduk, Kampung Kubang Pak Itam mula ditenggelami banjir sejak empat hari lalu ekoran limpah air Sungai Golok dan hujan kadang-kala lebat yang melanda kawasan berkenaan.

Selain Kubang Pak Itam, Kampung Siput turut ditenggelami banjir.

Bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini.

Sementara itu, laman sesawang infobanjir.water.gov.my setakat pukul 5 petang ini merekodkan paras air Sungai Golok masih berada di tahap amaran iaitu 8.63 meter berbanding semalam 8.84 meter. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×